Pages

Tuesday, March 30, 2010



hari keempat ( terakhir )

aktiviti : awal pagi kami telah bangun dan mengikuti sedikit senaman yang dikendalikan oleh en. dasri....seronok tidak terhingga aku lihat pada wajah sahabat-sahabatku ini...mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir dan kami akan pulang pada tengah hari nanti.....aktiviti yang seterusnya ialah orientering....ilmu kompas....syukur kerana banyak tunjuk ajar dari jurulatih-jurulatih dan sahabat-sahabat yang sudi mengajarku tentang cara penggunaan kompas dengan btul....kumpulan telah diberikan,aku hazwan dan juga afiq membuat kumpulan kecil untuk menjalani aktiviti ini...




aktiviti : aktiviti seterusnya ialah aktiviti yang paling mecabar fizikal dan mental yang tinggi...abseilling!!!!.. namanya pun sudah membuat nadiku berdegup pantas...berkat kesabaran dan ketenangan akhirnya dapat juga aku membuat aktiviti ini...walaupun pada mulanya aku terlalu gugup dan takut untuk turun kebawah...namun aku teruskan jua demi pengalaman yang akan aku timba pada hari kelak..antara pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ialah aku bukan sahaja membuat abseilling secara normal,tetapi atas sokongan moral sahabat-sahabat,aku juga telah melakukan spiderman abseilling!!!



hari ketiga

aktiviti : aktiviti seterusnya adalah di kolam renang....pelbagai karenah dapat di lihat antara rakan-rakan yang ingin mencari duit syiling di dalam kolam tersebut...hampir 1 jam berada di kolam renang kami pun naik untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk majlis BBQ pada malam itu...

aktiviti : jam 8 mlm...aktiviti bbq yang di buat oleh para peserta...ini juga adalah malam terakhir kami berkhemah disini...hujan lebat mengiringi perjalanan bbq kami...ada yang jd tiang,dan ada yang basah kuyup....hehehehe....kenangan itu terlalu indah untuk disimpan sebagai kenangan abadi..setelah selesai majlis bbq..kami duduk di khemah pusat untuk menceritakan pengalaman-pengalaman sepanjang kami menghadiri camp tersebut...seorang demi seorang menceritakan pengalaman masing-masing....terlalu banyak untuk dikongsi...



hari ketiga

aktiviti : jam 9.00 pagi.....selamat keluar dari hutan... :) sarapan pagi dan kami melakukan sedikit aktiviti navigator..kemahiran membaca peta amat diperlukan kerana ia dapat membantu kami untuk menentukan arah yang akan di tuju...ada beberapa perkara yang perlu di fahami antaranya ialah control card...aku bersama mohd afiq bersama-sama melakukan aktiviti navigator ini.

aktiviti : selepas selesai solat jumaat dan makan...kami di arahkan untuk berkumpul untuk aktiviti seterusnya iaitu low rope...juga antara pengalaman baru yang aku lakukan...pelbagai ikatan yang di gunakan untuk membuat low rope ini...aktiviti ini tidak boleh di lakukan seorang diri kerana apabila sesorang itu ingin melakukan low rope,mereka haruslah mempunyai supporters untuk menyokong mereka apabila melakukan aktiviti tersebut...antara low rope yang dilakukan ialah monkey cross,kriss cross,tension trevers dan sebagainya...tiada apa-apa kecederaan yang berlaku kepada kami semasa melakukan aktiviti ini...


hari kedua

aktiviti : jam 3.00 petang..aktiviti seterusnya adalah survival camp...bg aku ini adalah pengalaman ngeri bercampur gembira...ini kerana,buat pertama kalinya aku akan bermalam di dalam hutan dengan hanya di bekalakan peralatan asas....antara peralatan dan bahan yang di berikan ialah seperti khemah,parang dan sedikit makanan untuk kami meneruskan hidup di dalam hutan....syukur kerana aku di berikan dalam 1 kumpulan yang kuat semangat dan jati diri ....terima kasih kepada akmar dan juga hazwan yang sama-sama berjuang bersama aku untuk menjadikan survival camp ini lebih tersusun dan yang terbaik kami mampu lakukan....pengalaman??? terlalu banyak dan terlalu manis untuk di gambarkan dengan kata-kata...apa ilmu yang kami ada,kami gunakan sebaiknyauntuk memasang khemah,memasak,memasang unggun api dan sebagainya....syukur tiada apa yang berlaku semasa kami melakukan survival camp.... :)

learning camp ( hari kedua )








hari kedua

aktiviti : awal pagi kami telah bangun untuk solat subuh...selepas sarapan pagi kami pun bergerak ke tasik shah alam untuk aktiviti berkayak. ini antara aktiviti yang aku gemarkan...walupun pada kelas kayak yang lepas aku terpaksa berhempas pulas menjadi demo,tetapi kali ini aku sudah mempunyai sedikit ilmu yang meyakinkan aku untuk berkayak.

aktiviti : belum habis penat berkayak kami dikumpulkan di bulatan untuk aktiviti seterusnya...agak mencabar minda dan kekuatan fizikal...aktiviti blind trail...mata kami di tutup,terpaksa berpegangan tangan untuk berjalan dan dilepaskan seorang demi seorang melalui jalan yang telah diaturkan...bukanlah pengalaman baru untukku tetapi kali ini lebih mencabar kerana lumpur dan pokok-pokok agak menyukarkan laluan kami...apa-apa pun semuanya selamat :)