Pages

Tuesday, March 30, 2010



hari keempat ( terakhir )

aktiviti : awal pagi kami telah bangun dan mengikuti sedikit senaman yang dikendalikan oleh en. dasri....seronok tidak terhingga aku lihat pada wajah sahabat-sahabatku ini...mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir dan kami akan pulang pada tengah hari nanti.....aktiviti yang seterusnya ialah orientering....ilmu kompas....syukur kerana banyak tunjuk ajar dari jurulatih-jurulatih dan sahabat-sahabat yang sudi mengajarku tentang cara penggunaan kompas dengan btul....kumpulan telah diberikan,aku hazwan dan juga afiq membuat kumpulan kecil untuk menjalani aktiviti ini...




aktiviti : aktiviti seterusnya ialah aktiviti yang paling mecabar fizikal dan mental yang tinggi...abseilling!!!!.. namanya pun sudah membuat nadiku berdegup pantas...berkat kesabaran dan ketenangan akhirnya dapat juga aku membuat aktiviti ini...walaupun pada mulanya aku terlalu gugup dan takut untuk turun kebawah...namun aku teruskan jua demi pengalaman yang akan aku timba pada hari kelak..antara pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ialah aku bukan sahaja membuat abseilling secara normal,tetapi atas sokongan moral sahabat-sahabat,aku juga telah melakukan spiderman abseilling!!!

2 comments: