Pages

Tuesday, March 30, 2010

learning camp ( bukit cerakah )

17.03.2010,8.00 pagi...hari pertama di Bukit Cerakah,Shah Alam,Selangor dimana tempat camping kami akan di adakan. perubahan tempat dari janda baik ke bukit cerakah adalah selepas kami gagal untuk mendapatkan transport ke Janda Baik. semua pelajar termasuk full time berbelah bahagi untuk pergi kerana takut tiada kepuasan tetapi berlaku sebaliknya dimana camp ini banyak mengajar kami lebih dewasa mengenal alam semulajadi yang terdapat di Bukit Cerakah. Disebalik kegagalan untuk ke Janda Baik ada hikmah disebalik kejadian.Bermulalah episod perjuangan yang belum selesai selama 4 hari disana.

Hari Pertama
kami datang dengan penuh perasaan yang bercampur-campur. banyak benda yang kami tak tahu,lagikan pula aku zero dalam hal berkaitan camping dan hutan ini..kami diperkenalkan kepada jurulatih-jurulatih berpengalaman seperti En Shawn,En Yasir, En Dasri,En Hafiz dan En John. banyak benda yang kami pelajari, pertama sekali kami mepelajari membina khemah pusat terlebih dulu.Terbelit2 tangan nak ingat kembali apa yang dipelajari dalam kelas yang diajar oleh En Hiasyam.tetapi aku hanya mampu mempelajarinya semasa di CAMP. aku bersama sahabat yunus ariff dan dibantu oleh En Dasri membuat pendawaian di kawasan perkhemahan supaya kami tak bergelap dan memudahkan urusan pada malam hari. Pelbagai telatah manusia dapat dilihat kerana kebanyakkan peserta baru pertama kali masuk ke dalam hutan...Selepas selesai mendirikan khemah pusat,khemah dapur dan membuat pendawaian kami dipanggil untuk diberi taklimat mengenai program yang dijalankan... adalah tersiksanya kami apabila di minta untuk mengeluarkan semua barangan peribadi oleh en yasir. barang-barang yang di ambil untuk di simpan adalah seperti Kad Pengenalan, Beg duit,barangan keperluan lelaki seperti rokok,minyak wangi,deodarant,minyak rambut dan sebagainya...ketidakpuasan hati mula ditunjukkan...tetapi hanyalah gurauan semata-mata.. kami semua mengeluh resah apabila banyak barang akan disimpan,pelbagai gelagat dapat diperhatikan semasa situasi tersebut... :)

No comments:

Post a Comment