Pages

Tuesday, March 30, 2010

SEMINAR TERAKHIR.....

28 mac 2010.....
class terakhir en hisyam sebelum final exam....dapat jua aku hadirkan diri kali ini...en hisyam telah membuat beberapa ulangkaji untuk final exam....sebelum kelas berakhir en Hisyam ada memberi ujian untuk carry mark pelajar...aku amat berharap agar aku lulus dengan cemerlang dalam subjec en Hisyam ini...ammmiinnnnnnn..... :)

KENANGAN TERINDAH BUKIT CERAKAH


antara kenangan indah dibukit cerakah.... :)

setelah selesai semua..peserta pulang ke camp site dan mula berkemas untuk pulang...bersama-sama bergotong royong membuka semula khemah dan mengambil semula peralatan dan barang-barang yang telah disimpan....

kami tinggalkan bukit cerakah dengan seribu satu kenangan manis.... :)

hari keempat ( hari terakhir )

aktiviti : setelah selesai semua aktiviti yang telah dilakukan...kami telah membuat 1 ujian berkenaan tali....takut juga kerana aku hampir-hampir lupa apa yang aku pelajari di sebabkan aktiviti abseilling....namun aku tetap juga mengikiti ujian tersebut...agak merugikan kerana banyak juga ikatan dan simpulan yang tidak dapat aku habiskan dalam masa yang di tetapkan...




hari keempat ( terakhir )

aktiviti : awal pagi kami telah bangun dan mengikuti sedikit senaman yang dikendalikan oleh en. dasri....seronok tidak terhingga aku lihat pada wajah sahabat-sahabatku ini...mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir dan kami akan pulang pada tengah hari nanti.....aktiviti yang seterusnya ialah orientering....ilmu kompas....syukur kerana banyak tunjuk ajar dari jurulatih-jurulatih dan sahabat-sahabat yang sudi mengajarku tentang cara penggunaan kompas dengan btul....kumpulan telah diberikan,aku hazwan dan juga afiq membuat kumpulan kecil untuk menjalani aktiviti ini...




aktiviti : aktiviti seterusnya ialah aktiviti yang paling mecabar fizikal dan mental yang tinggi...abseilling!!!!.. namanya pun sudah membuat nadiku berdegup pantas...berkat kesabaran dan ketenangan akhirnya dapat juga aku membuat aktiviti ini...walaupun pada mulanya aku terlalu gugup dan takut untuk turun kebawah...namun aku teruskan jua demi pengalaman yang akan aku timba pada hari kelak..antara pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ialah aku bukan sahaja membuat abseilling secara normal,tetapi atas sokongan moral sahabat-sahabat,aku juga telah melakukan spiderman abseilling!!!



hari ketiga

aktiviti : aktiviti seterusnya adalah di kolam renang....pelbagai karenah dapat di lihat antara rakan-rakan yang ingin mencari duit syiling di dalam kolam tersebut...hampir 1 jam berada di kolam renang kami pun naik untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk majlis BBQ pada malam itu...

aktiviti : jam 8 mlm...aktiviti bbq yang di buat oleh para peserta...ini juga adalah malam terakhir kami berkhemah disini...hujan lebat mengiringi perjalanan bbq kami...ada yang jd tiang,dan ada yang basah kuyup....hehehehe....kenangan itu terlalu indah untuk disimpan sebagai kenangan abadi..setelah selesai majlis bbq..kami duduk di khemah pusat untuk menceritakan pengalaman-pengalaman sepanjang kami menghadiri camp tersebut...seorang demi seorang menceritakan pengalaman masing-masing....terlalu banyak untuk dikongsi...



hari ketiga

aktiviti : jam 9.00 pagi.....selamat keluar dari hutan... :) sarapan pagi dan kami melakukan sedikit aktiviti navigator..kemahiran membaca peta amat diperlukan kerana ia dapat membantu kami untuk menentukan arah yang akan di tuju...ada beberapa perkara yang perlu di fahami antaranya ialah control card...aku bersama mohd afiq bersama-sama melakukan aktiviti navigator ini.

aktiviti : selepas selesai solat jumaat dan makan...kami di arahkan untuk berkumpul untuk aktiviti seterusnya iaitu low rope...juga antara pengalaman baru yang aku lakukan...pelbagai ikatan yang di gunakan untuk membuat low rope ini...aktiviti ini tidak boleh di lakukan seorang diri kerana apabila sesorang itu ingin melakukan low rope,mereka haruslah mempunyai supporters untuk menyokong mereka apabila melakukan aktiviti tersebut...antara low rope yang dilakukan ialah monkey cross,kriss cross,tension trevers dan sebagainya...tiada apa-apa kecederaan yang berlaku kepada kami semasa melakukan aktiviti ini...


hari kedua

aktiviti : jam 3.00 petang..aktiviti seterusnya adalah survival camp...bg aku ini adalah pengalaman ngeri bercampur gembira...ini kerana,buat pertama kalinya aku akan bermalam di dalam hutan dengan hanya di bekalakan peralatan asas....antara peralatan dan bahan yang di berikan ialah seperti khemah,parang dan sedikit makanan untuk kami meneruskan hidup di dalam hutan....syukur kerana aku di berikan dalam 1 kumpulan yang kuat semangat dan jati diri ....terima kasih kepada akmar dan juga hazwan yang sama-sama berjuang bersama aku untuk menjadikan survival camp ini lebih tersusun dan yang terbaik kami mampu lakukan....pengalaman??? terlalu banyak dan terlalu manis untuk di gambarkan dengan kata-kata...apa ilmu yang kami ada,kami gunakan sebaiknyauntuk memasang khemah,memasak,memasang unggun api dan sebagainya....syukur tiada apa yang berlaku semasa kami melakukan survival camp.... :)

learning camp ( hari kedua )








hari kedua

aktiviti : awal pagi kami telah bangun untuk solat subuh...selepas sarapan pagi kami pun bergerak ke tasik shah alam untuk aktiviti berkayak. ini antara aktiviti yang aku gemarkan...walupun pada kelas kayak yang lepas aku terpaksa berhempas pulas menjadi demo,tetapi kali ini aku sudah mempunyai sedikit ilmu yang meyakinkan aku untuk berkayak.

aktiviti : belum habis penat berkayak kami dikumpulkan di bulatan untuk aktiviti seterusnya...agak mencabar minda dan kekuatan fizikal...aktiviti blind trail...mata kami di tutup,terpaksa berpegangan tangan untuk berjalan dan dilepaskan seorang demi seorang melalui jalan yang telah diaturkan...bukanlah pengalaman baru untukku tetapi kali ini lebih mencabar kerana lumpur dan pokok-pokok agak menyukarkan laluan kami...apa-apa pun semuanya selamat :)





learning camp ( hari pertama )

program hari pertama

Hari pertama di Camp Learning ePJJ 2010 yang diadakan di Bukit Cerakah.pertama sekali kami diberi taklimat mengenai aktiviti yang dijalan,tentitif program tidak diberikan kepada kami,mungkin kerana mereka ingin membuat kejutan kepada peserta.

aktiviti : aktiviti Ice Breaking..tujuan utama ice breaking adalah untuk kami saling mengenali antara satu sama lain selain dapat meningkatkan ukwah sesama insan..banyak ilmu yang kami pelajari dari aktiviti yang dijalankan. Sungguh menyeronokkan,pelbagai gelagat dan reaksi dari para perserta..aku sendiri tidak menyangka program yang di berikan.

aktiviti : kami setrusnya kami akan mempelajari asas tentang "First Aid" yang telah disampaikan oleh jurulatih berpengalaman iaitu En Yasir....Banyak yang kami pelajari seperti DRABC,RICE,Ikatan Anduh apabila berlakunya kecederaan,alhamdulliah...ribuan terima kasih kepada sahabatku afiq yang sudi menjadi partner dalam aktiviti ini. Banyak benda baru yang kami pelajari.

aktiviti : "Water Safety" & "Water Confident" ...owh,tidak dapat dibayangkan bertapa seronoknya aku dapat berjumpa kolam renang...pelbagai gelagat dapat dilihat seperti kurang keyakinan bila berada di dalam air,tidak tahu berenang dan sebagainya....aktiviti air ini dikendalikan oleh En Shawn& En Yasir....

aktiviti : selepas makan malam,kami mempelajari pula pelbagai ikatan yang dikendalikan oleh En Yasir...Seterusnya kami mempelajari anatomi kompas yang diberikan oleh En Mustaqim banyak benda yang kami pelajari untuk aktiviti seterusnya..terlalu bingung aku memikirkan bertapa ruginya aku tidak hadir ke kelas untuk mempelajari ilmu ini didalam kelas...apa-apa pun terima kasih di ucapkan kepada en mus kerana menerangkan dengan lebih terpeinci tentang kompas.

aktiviti : aktiviti seterusnya ialah "Night Walk" dikendalikan oleh En Dasri....agak menakutkan,walaupun pernah melakukan tetapi kali ini berbeza tempatnya...aku tetap berhati-hati takut sebarang kemungkinan yang tidak dijangka berlaku...alhmdullh,semuanya selamat sampai...apa yang aku pelajari disini adalah tentang bagaimana cara untuk mengatasi perasaanyang bermacam-macam semasa aku berjalan berseorangan.



learning camp ( bukit cerakah )

17.03.2010,8.00 pagi...hari pertama di Bukit Cerakah,Shah Alam,Selangor dimana tempat camping kami akan di adakan. perubahan tempat dari janda baik ke bukit cerakah adalah selepas kami gagal untuk mendapatkan transport ke Janda Baik. semua pelajar termasuk full time berbelah bahagi untuk pergi kerana takut tiada kepuasan tetapi berlaku sebaliknya dimana camp ini banyak mengajar kami lebih dewasa mengenal alam semulajadi yang terdapat di Bukit Cerakah. Disebalik kegagalan untuk ke Janda Baik ada hikmah disebalik kejadian.Bermulalah episod perjuangan yang belum selesai selama 4 hari disana.

Hari Pertama
kami datang dengan penuh perasaan yang bercampur-campur. banyak benda yang kami tak tahu,lagikan pula aku zero dalam hal berkaitan camping dan hutan ini..kami diperkenalkan kepada jurulatih-jurulatih berpengalaman seperti En Shawn,En Yasir, En Dasri,En Hafiz dan En John. banyak benda yang kami pelajari, pertama sekali kami mepelajari membina khemah pusat terlebih dulu.Terbelit2 tangan nak ingat kembali apa yang dipelajari dalam kelas yang diajar oleh En Hiasyam.tetapi aku hanya mampu mempelajarinya semasa di CAMP. aku bersama sahabat yunus ariff dan dibantu oleh En Dasri membuat pendawaian di kawasan perkhemahan supaya kami tak bergelap dan memudahkan urusan pada malam hari. Pelbagai telatah manusia dapat dilihat kerana kebanyakkan peserta baru pertama kali masuk ke dalam hutan...Selepas selesai mendirikan khemah pusat,khemah dapur dan membuat pendawaian kami dipanggil untuk diberi taklimat mengenai program yang dijalankan... adalah tersiksanya kami apabila di minta untuk mengeluarkan semua barangan peribadi oleh en yasir. barang-barang yang di ambil untuk di simpan adalah seperti Kad Pengenalan, Beg duit,barangan keperluan lelaki seperti rokok,minyak wangi,deodarant,minyak rambut dan sebagainya...ketidakpuasan hati mula ditunjukkan...tetapi hanyalah gurauan semata-mata.. kami semua mengeluh resah apabila banyak barang akan disimpan,pelbagai gelagat dapat diperhatikan semasa situasi tersebut... :)

Monday, March 29, 2010

Seminar keempat

dengan penuh semangat. berbekalkan kecekalan hati, aku bangun tidur dari shell batu tiga dan terus ke tasik shah alam. pagi ini aku akan mempelajari ilmu berkayak.
Hari ini belajar mengenai ilmu kayak yang akan dibimbing oleh En Hisyam...En Hisyam menunjukkkan anatomi mengenai kayak.....aku kena segera menghafal semua yang aku pelajari...Minggu nie kami semua akan ke menghadiri final camp....

Seminar ketiga

pada hari ini...aku di arahkan untuk bertugas diluar kawasan. apa yg aku tahu,rakan rakan ku sedang belajar mengenai kompas. terasa terlalu lewat untuk diri ku mengulangkaji semua yang di pelajari oleh rakan rakan ku di dalam kelas..

seminar kedua

Seminar kali ini sahabat-sahabatku telah mempelajari pelbagai jenis ikatan dan pertolongan cemas yang diajar oleh En Hisyam...terasa begitu rugi diri ini sekali lagi tidak dapat hadirkan diri pada kelas yang kedua ini...aku hanya mampu mempelajari jenis2 ikatan ini apabila berjumpa sahabat-sahabat ku di luar dan bukan di dalam kelas.
ilmu yang di perolehi oleh sahabat-sahabatku aku gunakan dengan sebaik mungkin untuk memantapkan lagi ikatan yang di pelajari.